as a daughter myself, kadang2 aku lupa nak letakkan diri aku kat tempat mama abah... risau anak pompuan dgn anak lelaki mesti lain kan... kalau korg xtahu lagi, including me, i actually have 4 more sisters. all girls. no boys. sbb tu aku tahu, risau parents mesti lebih sikit... at times when aku rasa rimas, mama mesti ingatkan, anak mama pompuan je sumenye, kalau bukan mama abah yg nak tgkkan sape lagi yg nak protect korg... terharu n insaf pulak bile dgr (tapi lepas tu ngada2 buat hal lagi...hehe)
unfortunately, aku x dapat tgk WHI tu dr awal sbb tgh kemas meje, tapi what little yg aku tgk tu, i did take a few notes:
- parents x pernah selfish dgn kasih sayang diorg. prinsip jadi parents ni senang je , I want you to be happy and then will I be happy. Xde parents yg nak tgk anak dia menderita.
- integriti ibu bapa itu mencerminkan diri mereka. sebab kita tahu ibu bapa kita tu berintegriti, meaning apa yg dilakukan tu semuanya untuk anak, maka anak patut letak kepercayaan pada integriti ibu bapa
- Anak ni selalu convinced and confused esp dalam bab cinta ni. we are so convinced yg this is what we want, inilah cinta hidup matiku, tapi sebenarnye kita masih confuse dgn apa yg kita nak cari dalam hidup. kat situlah peranan ibu bapa utk bimbing anak to get over their confusion.
- kalau tgk dr sudut law, yes, anak lepas umur 21 mmg bebas buat apa sahaja. tapi kita org Islam, dan org Islam berpegang pada syariah. Dalam syariah, selagi anak perempuan belum bernikah, dia tanggungjawab penuh ibu bapa. lepas dah nikah barulaa jadi t/jwb suami.
- Allah hanya uji manusia dalam kesanggupan. jadi kita mesti redha tempuh cabaran demi agama dan adat.
lepas tgk WHI tu hati aku tergerak nak sambung baca 'Aku Terima Nikahnya' (ustaz hasrizal) yg dah berhabuk sikit atas meja. ak mmg liat sikit baca buku2 ilmiah ni, tapi maybe sbb umur pun dah meningkat n masanye pun makin hampir, aku cuba jinak2an baca jugaklaa. mungkin Allah pun nak tunjuk bab2 yg aku sambung bacaan tu mostly berkaitan dgn ibu bapa n peranan mereka dalam rumah tangga.
anak hanya belajar hargai kasih ibu bapa apabila akal sudah hidup di kepala namun ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir di dunia
sebagai anak perempuan, kita jangan lupa yang Allah letak bapa kita untuk menjadi wali pernikahan kita. kita kena ingat hadis Rasullullah:
Tidak ada nikah kecuali dengan wali
bile dah diblind sided by love, kita mungkin persoalkan, yang nak kawen kan aku, bukan mak bapak aku. excuse me, hello adik manis, brake sikit. yes maybe cinta, tapi sebelum cinta lelaki tu datang bukanke yg selama ini mencintai kita tu mak ayah kita. dr dalam perut sampai dah besar panjang anak dara, x tercompare ngn mamat yg baru jumpa setahun dua. Alright, maybe i'm not the best judge sbb aku x pernah lagi merasai apa yg dikatakan kehebatan cinta tu, tapi i just can't comprehend loving someone without loving them as a whole and our parents and our family laaa yg menjadikan kita wholesome. isu macam ni mungkin timbul sbb kita x nampak hikmah kenapa Allah kata restu ibu bapa tu penting sangat. Menurut website yg aku baca ni, aku pinjam sikit, tapi bacalaa the rest jugak:
- ibu bapa orang dewasa yg lbh faham asam garam rumah tangga yang lebih banyak pengetahuannya berbanding anak yg cume kenal cinta
- perkahwinan bukan hanya melibatkan suami dan isteri tapi kedua keluarga
- Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
mama abah xde anak lelaki. itu something yg kami 5 beradik sume paham. once kami bernikah, automatically syurga dan tanggungjawab kitorg pada suami. so bagi aku, aku bukan mencari seorg menantu untuk mama abah, tapi sebenarnye seorg anak lelaki untuk diorg, dan mungkin juga seorg abang pada adik2 aku. seorang lelaki yang boleh faham yang walaupun aku isteri dia, aku tetap anak mama abah. alhamdulillah, abang ipar aku macam tu, hopefully aku pun macam tu.
pada mama abah, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan menyayangi angah. ilmu dunia akhirat yang mama abah bekalkan, insyaAllah, angah cuba guna sebaiknye. sekarang ni angah x tahu lagi siapa jodoh angah, tapi mama abah doakanlah supaya siapapun, dia akan jadi suami dan menantu terbaik. Amin.
p/s okaaaayyyy, skrg rasa malu pulak, pegi sorok cepat2...
No comments:
Post a Comment